Tuesday, September 14, 2010

Media TV agent penyampai maklumat yg mengelirukan

Media TV - ajen penyampai maklumat? atau apa yg patut di panggil? di namakan?

Kebanyakan maklumat yg diberi oleh pihak tv sama ada melalui pengacara2nya, hos2nya, dan penyampai2 berita dan maklumat sama ada melalui berita secara formal - atau juga melalui sembang2 dan borak2 sesama mereka di siaran2 seperti 'talk-show' - bual bicara - forum2 dan lain2nya - kebanyakannya main hentam ikut sesuka mereka sahaja. Itu yang menjadikan maklumat2 yg diperkatakan mereka sudah jadi tidak tepat - tak betul - atau palsu lah kiranya kalau maklumat yg di sampaikan tidak menepati dgn kedudukan sebenarnya.

Misalnya - baru2 ini:

Di TV9 di siaran 'Ketupat Rendang Kopi O' - yg menggantikan siaran kebiasaan mereka 'Nasi Lemak Kopi O' - dimana salah seorang jemputan istimewa seniman veteran Datuk Aziz Sattar di siaran pagi Ahad kelmarin (Ahad 12-09-2010). Dalam perbualan sesama mereka dgn topik yg seiring dgn suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri - iaitu mengenai kemeriahan sambutan hari raya kita sering di meriahkan dengan dendangan berbagai macam jenis lagu2 raya oleh berbagai macam jenis artis2 dan penyanyi. Jadi lagu raya yg paling di jadikan topik perbualan mereka sudah tentulah lagu 'Selamat Hari Raya' yg amat popular dan sentiasa memberi kemeriahan suasana hari raya serta menambah serinya lagi lagu dendangan Datuk Ahmad Jais itu.

Semua orang tahu lagu itu hasil karya ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sejak dari dulu2 lagi . Datuk Ahmad Jais sendiri ada menerangkan tentang bagaimana beliau boleh dapat mendendangkan lagu hasil karya Allahyarham P. Ramlee - iaitu dengan beliau sendiri berjumpa P. Ramlee untuk mendapat restu untuk menyanyikan lagu 'Selamat Hari Raya' yang masa itu belum ada lagi penyanyi yg merakamkan lagu tersebut. Lagu tersebut hanya di perkenalkan melalui slot ala trailer filem semasa menyambut tayangan perdana di Hari Raya untuk filem keluaran Shaw Bros (kalau tak silap ianya ialah semasa tayangan perdana Hari Raya Aidilfitri bila filem 'Madu Tiga' mendapat tempat untuk tayangan perdana Hari Raya Aidilfitri pada tahun itu. Lagu 'Selamat Hari Raya' yg di perkenalkan melalui 'trailer' dgn ramai2 pelakun2 dan pekerja2 Studio Jalan Ampas sebagai satu keluarga Shaw sambil bernyanyi beramai2 mendendangkan lagu 'Selamat Hari Raya' itu sebagai tanda ucapan dari para seniman seniwati serta crew dan pekerja2 Studio Shaw di Jalan Ampas. Dari situlah lagu itu di perkenalkan dan didendangkan secara nyanyian beramai2 ..... ala ala 'sing along song'.

Namun, Datuk Aziz Sattar nampaknya tidak memberi maklumat yg tepat mengenai penulis lirik lagu tersebut. Katanya liriknya di hasilkan oleh Datuk Jamil Sulong .... (Betul ke?). Amat memalukan jika perkara seperti itu pun sudah jadi tidak betul .... memandang Datuk Aziz konon2nya rakan rapat dgn Allahyarham P. Ramlee. Nampaknya, pihak stesen tv (TV9) pun terlibat sama dalam menjadi ejen penyampai maklumat ....... (yg sudah pasti tidak tepat).

Rupa2nya, penonton melaui TV1 pula mendapat lain pulak tentang maklumat penulis lirik lagu 'Selamat Hari Raya' ciptaan P.Ramlee yg amat popular dendangan Ahmad Jais dari dulu hinggalah sampai kini. Tiba2 pada hari Isnin malam (13/09/2010), semasa slot di penghujung Berita pada malamnya .... ada diselit sekelumit kesah mengenai Tan Sri Jins Shamsudin - dgn maklumat latar belakang beliau - di mana - di tahun mana beliau di lahirkan - selepas dan hingga berjaya mendapat diploma dlm pengajiannya mengenai perfileman di London. Dan oleh kerana sempena sambutan Hari Raya sekali di tambah sama mengenai beliau yg juga memainkan peranan sebagai penulis liriknya dalam menjayakan lagu hasil ciptaan P. Ramlee itu - iaitu 'Selamat Hari Raya' yg sejak sekian lama hingga kini di nyanyikan oleh Ahmad Jais. Jadi berita ini menidakkan apa yg diperkatakan oleh Datuk Aziz Sattar melalui siaran borak2 bual2 kedai kopi lah lagaknya ..... bila pihak TV9 sendiri tidak ambil pusing tentang maklumat2 seperti itu. Itu juga penting untuk semua. Apa nanti kata Datuk Jamil Sulong? bila bukan dirinya yg terlibat sebagai penulis lirik lagu itu? Dan apa pulak nanti kata Tan Sri Jins Shamsudin tentang maklumat yg tak tepat itu? Orang lain yg menghasilkan penulisan lirik lagu tersebut .... orang lain yg dapat nama ........ ini amat bercanggah dengan perkara yg sebenar.

Memang dari dulu2 lagi pihak stesen2 tv (malah ksemua stesen2 tv) kebanyakan nya dan selalu sangat bikin kesilapan dalam apa saja.

Itu yang kita sebagai penonton tidak boleh mengharap langsung dalam apa bentuk hidangan, siaran, maklumat, pengetahuan, malah dalam bidang bahasa (baik penuturan dan juga ejaan dan dalam apa saja penggunaan bahasa yg sememangnya banyak yang mengelirukan satu Malaysia. Penyaluran dalam pendidikan Bahasa dan agama juga amat mengelirukan kita semua.

JADI - yang mana satu yang betul ni? Penulis lirik lagu 'Selamat Hari Raya' hasil ciptaan P. Ramlee yg dinyanyikan oleh Ahmad Jais tu adakah Tan Sri Jins Shamsudin? atau pun Datuk Jamil Sulong? Pihak yang membuat kesilapan HARUS MEMBUAT pembetulan mengenai perkara ini.

Jangan bikin penonton semua anggap media2 tv - stesen2 tv - hanyalah AJEN TEMBERANG semata2 ..... pemberi MAKLUMAT AUTA BELAKA.

BIKIN MALU SAJA!

No comments:

Post a Comment