Wednesday, June 3, 2009

APA YG BANYAK YG TAK KENANYA?

Banyak .... memang banyak beb!
Pada media2 saluran tv kita lah .... yg secara tak langsungnya mengajar kita semua yg menontonnya .... kecik besaq tua muda ...... miskin kaya tak kira sapa .....
tv mana pun sama saja ..... tv1 ka ...tv2 ka ... sampai ke tv9 lah .... semuanya dua kali lima .... lima kali dua saja ....... harap faham ambik lah!
Yang terkena cili .... sendiri terasa lah .......

1. Yang paling ketara yg kita nampak apa yg tak kena adalah tentang penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan dan penggunaan maksud sepertinya ..... banyak sekali disetiap saluran tv media arus perdana kita .... patutlah penggunaan bahasa rojak semakin menjadi2 dgn rancaknya antara sesiapa saja antara masyarakat majmuk yg merangkumi warga Malaysia kita ini.

Salah satu contoh ..... ejaan CHOPP!! satu slot selepas siaran Berita Jam 8:00 mlm di tv9.....

Kita sudah sedia maklum yg perkataan CHOPP tu sudah tentulah asalnya dari bahasa Melayu kalau nak diambil kira tentang asal pemakaian atau penggunaannya sejak dari zaman kanak2 punya 'time' lagi. CUP atau COP (bunyi dlm sebutan bahasa kita bahasa Melayu adalah memang bunyi sebutan mengikut ejaan dulu iaitu CHUP atau CHOP atau CHOOP) - satu 'kata seruan' atau ungkapan untuk memotong atau menahan sesuatu ayat yg sedang ditutur oleh pihak kedua .... sebagai aksi untuk memberi tekanan untuk 'pause' sebentar pada pihak yg sedang rancak memperkatakan sesuatu itu. Itulah apa yg sentiasa berlaku dan perkataan itulah yg sering digunapakai sejak dari zaman kanak2 lagi. (Satu lagi contoh penggunaan ayat2 atau ungkapan semasa mainan sejak zaman kanak2 lagi ialah ....."achi .... tak achi" .... itu ejaan lama ... sekarang ejaan baru tanpa kehadiran huruf 'H' .... iaitu "aci .... tak aci")..... itu juga mainan kata2 seperti juga CUP atau COP atau COOP sejak dari zaman kanak2 lagi. Kita sudah tentu maklum akan semua itu.

Sepatutnya ejaan nya yg betul mengikut sistem ejaan bahasa Melayu terkini adalah CUP (dulunya penggunaan 'CH' untuk ejaan seperti "chuchuk', 'chichak', 'pak chik' ... itu dulu .... Sekarang tidak lagi kita guna huruf 'H' untuk ejaan yg mengeluarkan bunyi 'ch' seperti dalam sebutan CHOPP dimana sepatutnya dieja dgn huruf2 CUP ataupun COP (sebutan dlm bahasa kita bahasa Melayu .... bukan sebutan dlm bahasa spoken English). Jadi mengapa dan kenapa pihak tv9 masih menggunapakai sistem ejaan lama .... (nampak sangat tv9 ketinggalan zaman).... dan lagi.... kan itu akan mengelirukan kanak2 yg sedang dalam peringkat persekolahan dan juga akan mengucarkacirkan sistem ejaan kita ..... mana dengan penggunaan bahasa asing (bahasa Inggeris lah selalunya) bercampur-aduk dgn bahasa kita semakin menjadi2 hinggakan bahasa kita dah dikenali sebagai 'bahasa rojak' malah .... sampai ketahap rojak campur atau bahasa cacamerba. Tak sepatutnya pihak tv9 tidak prihatin tentang perkara2 seperti ejaan (dimana sistem ejaan lama sudah dikira 'out-dated').

LAGI dari tv9 ........ dan ejaan pada perkataan RILEKS LA DULU .... ketika hendak 'pause' untuk sementara siaran tu untuk beri laluan pada iklan yg menaja program tersebut. Ya laaaa .... kita memang ghairah dan bebas menggunakan apa saja istilah dan perkataan atau ungkapan dari perkataan2 asing yg dipinjam dari bahasa Inggeris acapkalinya. Kalau ya pun hendak pinjam istilah Inggeris "relax" dan hendak di Melayukan pun kenalah berpada2 akan ejaan yg kita amalkan didalam penggunaan dan pemakaian bahasa Melayu kita. Kelak orang akan gelakkan kita nanti ....... selain dari membikin kekeliruan dan bertambah kecelaruan lagi dlm penggunaan dan ejaan dlm bahasa kita.

Dalam bahasa Melayu kita .... mana pernah ada pemakaian huruf 's' semacam menunjukkan kedudukan 'plural form' seperti dlm 'English grammar' .... seperti yg di eja bagi huruf RILEKS ....... (RILEKS LA DULU). Bunyi sebutan dgn akhiran 's' selepas huruf konsonan dalam bahasa Melayu tidak pernah wujud langsung ..... baik disegi sebutan maupun dlm penulisan. Tidakkah pelik ejaan RILEKS tu mengandungi huruf 'S' di hujung nya selepas konsonan 'K'. Nampak sangat kepincangan dan semakin songsang nya penggunaan bahasa kita .... oleh pihak2 yg sepatutnya lebih arif dan 'knowledgeable' tentang penyampaian maklumat dalam apa bentuk sekali pun ... termasuklah penggunaan bahasa (apa2 bahasa pun) seperti disegi ejaannya, pemakaian dan penggunaan yg sewajarnya dgn mengikut tata-bahasa yg lebih tertib dan teratur lagi sempurna..... kerana awak2 semua adalah jentera atau alat2 sebagai agen penyebaran 'am. Tunjuklah prestasi yang membanggakan dan lebih berwibawa untuk bangsa dan nusa.

2. "NAK MULA DAH"
.......sering dan seluloi kita terperati pada siaran di TV9 ..... apabila selepas siaran (siri) mengambil 'rehat' ..... iaitu 'break' untuk siaran iklan..... pada kebiasaannya pihak yg jadi hos siaran tersebut akan memberi ungkapan seperti ......."kita berehat sebentar".
Kemudian selepas itu .... bila siaran akan disambung kembali ..... maka akan terpampanglah di skrin tv9 dgn paparan seperti apa yg tercatat diatas tu ..... "NAK MULA DAH".....

Apa ni? Betulkah pihak tv9 mempergunakan ayat itu? Ayat berbahasa Melayu yang sememangnya dikendalikan oleh orang2 kita yang jenis Melayu juga lah kan?

Apa? .... siri atau program siaran tu baru nak mula ka? walhal ianya dah atau sudah pun bermula awal2 lagi .... dah pun bermula ..... entah berapa kali punya 'break' daaaaaa ...... entah berapa kali punya ungkapan ...."jangan kemana2 ..... kita berehat sekejap" lebih kurang gitulah ......

Tak betul tu ..... wahai tv9 oi! .... tak tepat langsung .... tak kan baru ....."nak mula dah" kut? bila siaran tu dah pun mula dari masanya yg dah ditentukan apa? jadi sampai berapa kali nak mula?

Kalau nak guna ayat2 jenis 'colloquial' sangat pun .... gunalah yg betul2 kena pada tempatnya .... jangan main hentam ikutdan aje ...... hinggakan nampak janggal macam yg dok kata tu la ...... orang nanti kata kita tu la yg tak tau ... tak reti ....

Acapkalinya ..... ayat2 macam tu ...."nak mula dah ....." tu selalunya kita orang sama2 kawan2 biasanya bergurau tentang seorang yg agak jenis 'over' tentang kelakuan atau 'behaviour'nya yg agak keterlaluan ... macam orang 'tak siuman' lagaknya .... bila dia mula menunjukkan perangainya didepan kita orang semua .... maka kita pun akan mengeluarkan ayat2 seperti ..... "Ha! dia dah nak mula dah!......" ....maksudnya disini "dia dah nak mula dah nak buat perangai tak senonoh..." atau ...."nak mula dah dia nak merepek" ...... atau "dia dah nak mula dah nak merapu...." atau juga "dia dah nak mula dah .... mula tak elok ......". Ayat2 semacam tu agak sinonim dan cukup sesuailah jika dikaitkan dengan keadaan seperti apa yg di nyatakan tu ...... tak gitu?

Jika untuk apa yang hendak di sampaikan oleh tv9 dgn maksud untuk 'menyambung semula siri siaran yg terhenti untuk seketika tu' ..........
Sepatutnya .... ungkapan2 seperti:

Kita kembali semula .....
Di sambungkan lagi .....
kita sambung balik ......
kita tengok apa jadi seterusnya?
mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa........
lihat apa jadi seterusnya......
tengok apa macam selepas ni?
selepas rehat kita beri tumpuan semula......
jom kita sambung balik.....
jom kita tengok lagi ... apa jadi....
la ni mai kita tengok apa jadi ......
di continuekan lagi ..... (ini untuk memeriahkan lagi bahasa rojak kita)
selepas berehat kita concentrate balik
see lah what happen after this .....
what the happen next?
jeng jeng jeng .......


Harap pihak tv9 fikir2 semula tentang ungkapan yg digunakan itu ...... adakah ianya bersesuaian dan bertepatan dgn maksud sebenar ....... "NAK MULA DAH" ...... fikir fikir dan fikir fikir lah .... wahai tv9 yg dekat di hati ..... kemudian "tv9 dihati" ...... kemudian taruh plak "tv9 lekat dihati" ke .... "tv9 terpaut dihati" ke .... dan di tahun2 kehadapan guna pula ungkapan ...."kau selalu di hati ku".....sure depa tak akan pilih punya ..... takut kena perli dgn aku pulak nanti ....... kekekekekekekekekekekeke .....
last sekali mula kami penonton pakat buat ungkapan sendiri ...."tv9 buat menyakitkan hati saja" ........ kekekekekekekekekeke .... jangan marreee.....

p/s kalau susah2 sangat ...... guna yg Aziz Desa selalu & seluloi dok guna tu ..... "yang jauh kita dekat2kan ...... yang dekat kita serasi2kan .... yang dah serasi kita erat2kan.... yang dah erat kita rapat2kan lagi" ..... hah sudah! Mula si Aziz Desa naik lemak ... naik tocang habih!
Lepaih tu dia nanti jaja dgn megahnya ..... boleh tengok ....... jakun Langkawi tu punya perangai!

3.

Tuesday, June 2, 2009

APA YG BANYAK YG TAK KENANYA?

BANYAK! BANYAK! .... MEMANG BANYAK!
CUKUP BANYAK! SUDAH SEMESTINYA BANYAK!..........

YG PERTAMA:

Filem seperti BOHSIA - Rempit vs Impak Maksima - Evolusi KL Drift - KL Menjerit dsbnya boleh membantu anak bangsa kita untuk INSAF???? BERUBAH???? BERTAUBAT????

BAYANGKANLAH ..... pemikiran anak2 muda kita senang2 dan begitu mudah sekali untuk INSAF? BERUBAH KPD YG POSITIF? BERTAUBAT? selepas menonton filem2 seperti itu? Cakap senangla dan begitu juga membuat andaian memanglah mudah ..... bagi mereka2 yg berkepentingan termasuklah yg pakar2 dalam bidang2 motivasi....

Pada hakikatnya .... mungkin menambah burukkan lagi keadaan ada lah......
menambahbiakkan lagi gejala gerombolan MAT2REMPIT adalah ......

Lihatlah ...... reaksi nya ...... Apa yang terjadi selepas itu? .... the after effect ...nya......

LIHATLAH ...... effect selepas penayangan filem BOHSIA & drama2 bersiri tv - MAT REMPIT vs IMPAK MAKSIMA dan yg sama sejenis dgnnya. Betapa meningkatnya dan bertambah2 lagi kes2 ragut & bunuh akibat pengaruh dari penonjolan aksi yg menambah kerangsangan lagi pada puak2 Mat2Rempit untuk meningkatkan aksi rempit mereka dgn lebih bertambah hebat lagi untuk menandingi dari adegan aksi 'stunt' yg di tonjolkan didalam filem & drama.

Pihak2 penerbit filem & drama2 tv termasuklah pengarah2 dan yg berkaitan dgnnya adalah CATALYST dalam aspek ini. Merekalah yang menambah lagi bahang maraknya api yg membara & membakar di 'jiwa berontak' anak2 remaja kita. Mereka seolah2 menuangkan lagi minyak kedalam api yang sedang marak....... like 'pouring oil (petrol) into the fire' ...... like 'adding salt to injury' .... kata pepatah omputih.

Itu yang membikin bertambah girang & garangnya ..... lagi bertambah meriah nya penglibatan mat2rempit dijalanan dgn aktiviti2 yg lebih hebat lagi memberangsangkan .... semuanya akibat dari penampilan dan penonjolan aksi2 'stunt' didalam filem2 & drama2 yg sebaliknya berperanan sebagai suatu bentuk promosi dan iklan bagi golongan mat2rempit yg dianggap dan diharapkan akan INSAF - BERUBAH & BERTAUBAT ini. Ini tidak berlaku ... dan tidak mungkin berlaku bagi golongan ini untuk berubah kepada yang positif.

TIDAK MUNGKIN bagi golongan2 jenis ini .... memandangkan diperingkat usia remaja yg umum sudah sedari tentang 'jiwa berontak' di alam remaja. Yang menjadi lebih bimbang lagi masyghul bagi masyarakat kita ialah akan bertambah meningkatnya dgn menambah lagi bilangan 'new recruit' atau ahli2 baru (wannabe) dek kerana promosi & penonjolan yg ditunjukkan akan adegan aksi2 'stunt' didalam filem2 & drama2 tv.

Pada kebiasaannya dan lazimnya - golongan2 remaja yg berjiwa berontak ni akan meniru dan mengikut ciri2 yg negatif sahaja daripada yang positif. Itulah lumrahnya ...... dan itu adalah suatu cabaran bagi mereka .... suatu 'challenge' ..... 'a new challenge' ..... 'a new kind of challenge' .... dan lagi dan lagi...... hinggalah seterusnya.

Dan kini semakin bertambah membiaknya bilangan Mat2Rempit hingga merebak sampai kekampung2 & daerah2 pendalaman. Ini kira dah jadi macam VIRUS SELSEMA BABI (INFLUENZA A H1N1) saja lagaknya?

Apakah benar dgn ungkapan ....... FILEM KITA WAJAH KITA?

Tanyalah pada itu Dr Rais Yatim .... menteri yang penuh dgn unsur2 budaya.
Tanyalah pada Finas ..... hinggakan filem2 jenis seram - hantu & jin jembalang - pun sanggup di buat pameran untuk tontonan umum di premisnya.
Tanya juga pada Dr Jin Shamsudin ...... tokoh seni yang tersangat punya amat ghairah menaiktaraf untuk memertabatkan filem2 Melayu ........ apakah perjuangan anda dah selesai? Sudah cukup setelah mendapat anugerah sebagai ganjaran itu ganjaran ini & anugerah tansriship serta senatorship? ... sudah boleh dikira .... perjuangan anda sudah selesai?

Tanya juga pada puak2 yang dok mempromosikan filem2 & drama2 Melayu ..... penerbit2, pengeluar2, pengarah2 & penulis2 skrip filem2 & drama2 tv termasuklah juga puak2 media arus perdana (letronik & cetak) dan sbgnya ...... Tanyalah pada diri sendiri ..... diri anda sekalian ....... apa kah itukah sebenarnya FILEM KITA WAJAH KITA?

Kalau begitulah jadinya ....... memang tidak salah lagilah ........ memang BENAR lah ....
FILEM KITA WAJAH KITA!

Filem kita mencerminkan wajah kita sebenar ..... TAPI kita tidak mahu WAJAH2 PINCANG MASYARAKAT MASA DEPAN akan terus mencerminkan wajah2 kepincangan yang sedang dan masih berkembang biak bagaikan VIRUS SELSEMA BABI.

Kita sudah tentu juga tidak mahu WAJAH2 KEPINCANGAN & KEPURA2AN MEMBERI CONTOH & TELADAN MENERUSI FILEM2 & DRAMA2 JUGA MEDIA2 KEPADA MEREKA2 YG AKAN MENJADI SEBILANGAN BESAR PEMIMPIN DAN WARGA NEGARA YANG BERMARUAH DAN BERWIBAWA.

Ada kebenarannya .......... SEJARAH MENGAJAR KITA.....

Dan tidak kurang juga ..... FILEM JUGA MENGAJAR KITA ......