Friday, May 14, 2010

MEMANG BANYAK YG TAK KENA

1. Pada pertandingan semi-final antara Malaysia dgn China pada Jumaat 14 Mei 2010 Di Piala Thomas Cup di Bukit Jalil .... puak2 penyokong (Malaysian supporters) meregangkan kain rentang berbunyi .... "BRING BACK OUR CUP"

Apa ke jadahnya? Thomas Cup yg jadi piala pusingan (rebutan semua negara) dianggap puak2 Malaysian supporters sebagai "OUR CUP" ..... kira macam PIALA THOMAS tu hak mutlak kita yg punya ka? Apa punya bodoh punya mentaliti rakyat Malaysia kita. Memalukan saja.


##############################################


Mengapa Malaysia kalah atau gagal dalam misi untuk memenangi piala rebutan berprestij THOMAS CUP?

1. Laungan 'Malaysia Boleh' 'Malaysia Boleh' menampakkan kita seolah2 takbur ...... membangga diri .... cakap besar .... boasting. Justeru itu, slogan 'Malaysia Boleh' tidak lagi relevan sebab ianya juga boleh tidak membawa manfaat. Malah membawa mudarat pun boleh. Sebab slogan 'Malaysia Boleh ......' boleh membawa maksud kepada pelbagai macam kesan (result). 'Boleh' ni ...... serba jenis boleh berlaku .... bukan sahaja boleh menang .... boleh berjaya ..... malah boleh kalah pun boleh ..... boleh terkandas pun boleh ...... boleh lingkup pun boleh ....... boleh bungkus pun boleh . Pendek kata macam2 boleh di kaitkan dgn slogan 'Malaysia Boleh' ciptaan mamak tu.
Macam2 boleh di tambah selepas slogan "Malaysia Boleh ...." ....... boleh itu .... boleh ini ..... baik positif maupun negatif effect.

2. Penyokong2 Malaysia menampakkan seperti 'penyokong membawa rebah' sahaja jadinya dgn lagak melampau2 dgn membuat bising semasa setiap pukulan 'smash' dari pihak pemain Malaysia ... walaupun 'smash' tu tak menjadi dek dapat di tangkis oleh pihak lawan. Terlampau kuat membuat sorakan tempikan dhn bising lagi yg secara tak disedari boleh mengganggu konsentrasi pemain. Ini boleh menjejaskan tindak tanduk dalam aksi pemain. Cara begini walaupun berniat untuk memberi semangat kpd pemain tapi nya ia boleh disrupt konsentrasi mereka di gelanggang. Distract attention pemain. Cuba perhatikan penyokong2 negara lain .... mereka tidaklah menunjukkan 'over-excited' punya expression and actions terhadap menyokong pemain2 mereka .... walaupun pemain2 mereka menunjukkan prestasi yg begitu menakjubkan. Contoh penyokong2 Indonesia .... mereka tidak menunjukkan perangai terkinja2, terhegeh2, tergedik2 macam kera kena belacan saja (seperti yg ditunjukkan oleh penyokong2 kita dari Malaysia). Orang2 Indonesia pun banyak juga yang jenis macam hooligan .... tapi mereka tidak menunjukkan dalam situasi seperti ini. Nampak sangat tahap atau standard kita dalam penampilan kita dimata umum (ini boleh dikira dimata dunia ... kerana menerusi 'live telecast').

3. Lagi satu kita ni perasan lebih .... seolah2 kita saja yang handal. Pihak lawan kita pandang rendah tentang tahap pencapaian mereka .... walhal mereka punya tahap pencapaian dan prestasi mereka adalah lebih baik dan lebih jauh kehadapan dari kita. Nampak macam kita ni jenis 'syok sendiri' saja. Jenis 'masuk bakul angkat sendiri'.

Perhatikanlah dari setiap reaksi di pihak media, dipihak pengacara, dipihak wartawan, dipihak penyokong yg terlalu taksub, dipihak penganjur, dipihak ahli2 politik (termasuk pak2 menteri). Tapi tidak sebegitu dipihak pemain2 sendiri. Ini kerana mereka yang akan beraksi di gelanggang. Mereka yang memikul beban. Tanggungjawab keatas bahu mereka harus di pikul dan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.

Bagi pihak yang hanya pandai bercakap ..... selalunya akan melaung2 'boleh' .... 'mesti boleh' ..... 'pasti boleh' ..... senang dan cukup mudah aje ler ....

Cuba beraksi sendiri di gelanggang .... mau terkincit ..... mau tercirit birit dibuatnya .... pada mereka2 yg sering dok memberi semangat berkobar2lah kononnya.
Cakap memang senang ... bikin kalu? baru tau langit tu tinggi ke rendah?

4. Yang paling mengecewakan adalah kerana banyak sangat campurtangan politik dalam BAM.
Malah campurtangan politik dalam semua bidang sukan dan juga olahraga dalam negara kita. Sebab itulah kita tidak akan mencapai kecemerlangan dalam banyak acara2 yang dipertandingkan. Campurtangan politik lah yang menyekat dan menghindar kita untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

5. Jinx pun boleh disabitkan juga dalam perkara seperti ini. Iaitu bila kita mempunyai peluang dan kelebihan beraksi bertanding di gelanggang sendiri ..... di laman sendiri .... ditempat sendiri (home ground) ditambah dengan sokongan dari puluhan-ribuan penyokong2 kita sendiri pulak, sudah sepatutnya membuka ruang yang lebih memihak kepada kita. To our advantage kata matsaleh. Tapi ini tidak berlaku .... tidak terjadi. Memang JINX lah tu. SIAL dalam lain perkataan. Siapa gamaknya yang membawa SIAL kepada misi ini ya?
Nampak macam kita boleh sense akan PEMBAWA SIAL tu ....... siapa ya?