Tuesday, July 27, 2010

LIHATLAH DUNIA!!!! LIHATLAH DUNIA!!!!!

It all started from here ....................... since once upon a time long before..........

MEMANG DASAR MELAYU SUKA MENUNJUK2

Cuba kita kaji balik ........ imbas kembali ........ dizaman Melayu jauh ketinggalan ....... terkebelakang........

Jika zaman sebelum Melayu hidup tanpa ada kemajuan ...... semasa dizaman kegelapan ...... dalam keadaan ketinggalan ...... dimana kamera pun belum wujud lagi ...... jadi tiada ada apa untuk disimpan sebagai kenangan dan juga untuk dipertunjukkan kpd sesiapa yg harus di tayangkan ..... maka zaman kegelapan itu amat malang sekali bagi kaum puak Melayu yg disaat2 bersejarah seperti di majlis2 hari perkahwinan ..... persandingan tidak dapat di abadikan dalam bentuk gambar2 foto....... HANYA apabila ada perkhidmatan kedai2 photo studio di ketika itu ..... maka tidak lepas peluanglah puak2 Melayu yg sudah mula mendapat peluang untuk menunjuk2 secara menggunakan gambar2 foto (still photo) .... Mula2 dalam hanya hitam-putih ..... kemudiannya disusuli pula dgn gambar2 foto berwarna-warni. Ketika itu memang sudah semestinya sanggup berbelanja untuk menghasilkan gambar2 kenangan untuk di simpan didalam album ..... yang memang untuk di belek2.... di tengok2 ...... di tenung2 oleh kaum puak yang ingin di tayang dan dipertontonkan.......... YA! itu dulu...... belanjanya pun tidaklah sebesar apabila ...... detik kenangan diabadikan dgn pengambilan secara bentuk 'video filming' yang sudah menjadi 'trend' bagi masyarakat Melayu yang tidak mahu ketinggalan. Masing2 tidak mahu dikatakan kolot atau mundur sebab tidak punya kemampuan untuk mengadakan khidmat 'video filming' untuk dipertontonkan oleh semua kaum puak jauh dan dekat.


TAPI kini , dengan cara yg lebih menonjol lagi ...... puak2 Melayu yg jenis tahap 'riak' yg terlampau2 punya tinggi ..... sudah mula berjinak2 dgn pihak2 media tv yg juga mengenakan bayaran yg sudah tentu akan menterbeliakkan biji2mata yg memandang. Memang itulah niat, hasrat dan tujuan mereka2 yg terlibat dalam percubaan untuk mengabadikan detik2 bersejarah dalam hidup pasangan anak-menantu mereka yg baru menempuh alam perkahwinan dalam majlis yang sudah semestinya mestilah dibuat dan ditonjolkan dengan sehebat dan paling hebat dan meriah semeriah2nya yg mungkin lebih drp puak2 yg lainnya sebelum itu. Tentang belanja untuk tujuan itu sudah tentulah terpaksa disediakan (yg mampu ..... mampu lah........ yg kurang kemampuan ..... terpaksalah guna cara BBS (Beg Borrow or Steal). Dan itulah yang menjadi 'trendnya' sekarang ........ jika majlis perkahwinan tidak tersiar dalam siaran di tv ..... amatlah koman spana ...... dan sudah tentu bila dah ditonjol oleh siaran2 di tv ..... sudah tentu pasangan2 tu ada kaitan dgn kalangan VIP atau pun VVIP .......... Masing2 cukup paling megah dan paling berbangga jika keadaannya begitu.

Jadi, kalau dah sengkek dan tidak mahu berbelanja besar2an (supaya tidak mahu membazir - ataupun tidak mampu yg sebenarnya) ......bagaimana? Bila dah jadi 'trend' terpaksalah akur dan tunduk kepada trend terkini. Itu yg ramai Melayu2 yg jadi macam tu .... jenis terikut2 dan terpengaruh secara berlebihan........
Wah! berapa punya hebat Melayu sekarang ni ya? Tiap2 majlis perkahwinan sudah dapat perhatian seluruh negara ...... Satu Malaysia boleh melihat pasangan2 Melayu yg jenis suka menunjuk2 memperagakan berbagai gaya fesyen 'pengantin' yg bukan semua Melayu dapat menandinginya. HEBAT MELAYU ..... HEBAT!

Senario2 seperti itulah yg membawa akibat yg kini kian menjadi2...... disebabkan Melayu2 kita nak jadi HEBAT dan HEBAT SEHEBAT2NYA ....... dimana ianya tidak dapat di kawal dan tidak dapat dibendung lagi ........ dan begitu jugalah dgn apa yg dikatakan 'trend' itu ...... juga tidak dapat di kawal lagi ......... juga tidak dapat dibendung lagi .......... hanya masa yg menentukan.






MALAYS AND THE PRICE OF GREED

BANDINGKAN BUDAYA BUANG BAYI BERSEPAH2 (GEJALA YG KIAN MENJADI2 KINI) DGN BUDAYA MAJLIS PERKAHWINAN MELAYU2 RIAK

Melayu ....... dengan betapa punya bangga dengan adat dan budayanya..... DAN...... ITULAH HARGA SEBUAH NAFSU RIAK TAMAK ANGKUH DAN BONGKAK

Lihatlah budaya adat perkahwinan Melayu terkini ..... dengan betapa mewahnya majlis perkahwinan ....... dengan berapa punya ribu2an ringgit puluhan ribu2 ratusan2 ribu ringgit wang hantaran belanja kahwin ....... siap dengan siaran2 yg ditempah untuk di tayangkan melalui siaran tv lagi (seperti siaran NONA di tv3 tiap2 hari Ahad) ..... pengaruh tv juga memain peranan yg cukup hebat dalam perkara ini ...... Tengok! betapa pentingnya tv - memainkan peranannya dalam mempengaruhi minda masyarakat Melayu .......... memanglah! jika untuk menunjuk2 - mestilah guna khidmat siaran tv - alang2 kata orang Melayu ........ Wah! sikit punya hebat ka? Tak hebat lagi? kalau macam tu? Belanjanya? jangan di tanya ....... siapa yg sanggup mengeluarkan belanja sebegitu kalau tidak punya wangringgit, status dan kemampuan ...... Hanya pihak yg melihatnya sja dapat membuat rumusan ....... jadi, bukan calang2 orang dapat dan boleh mengendalikan majlis2 seperti itu ......... it takes a person of certain standing to engage such ......... forget about those who can't afford!

Wah! begitu mewah sekali Melayu2 sanggup mengadakan majlis2 yg sama macam adat dan majlis raja2 dengan serba mewah yg teramat sangat.

TAPI Alangkah sedih nya .... budaya Melayu yg dibangga2kan itu kini tercetus budaya secara jauh beza sekali ...... iaitu membayangkan budaya begitu SENGKEK sekali ......... budaya 'buang bayi' ......

Dah jadi adat dan budaya ..... bila kawin secara suka sama suka ...... kawin secara percuma ........ sembilan bulan mengandung ....... kemudian meruah beranak beramboq, berteraboq merata2 tempat macam kucing ...... kemudian berselerak anak2 yg baru lahir (secara haram) iaitu 'bayi2 yg tak berdosa' di lempar begitu saja ......... di buang di merata2 tempat ...... di tong2 sampah (istilah ni cukup familiar la tambah2 lagi sekarang ni ....... selalu dok dengar dan kerapkali digunakan untuk kalangan mereka2 yg bertaraf dan sedarjat dengannya ..... agaknya istilah 'tongsampah' ni amat sesuai jika dikaitkan dgn masyarakat melayu kita dan mereka2 yg berkaitan dengannya) dgn selain daripada tong2sampah ...... pembuangan bayi2 yg tak berdosa ni dikira ambil mudah saja dgn membuang saja ....... ke dalam longkang ...... di tepi2 parit dan lorong2 belakang ....... di ceruk2 dan di mana2 saja ikut kehendak atau yg mana lebih mudah ........

Bandingkan dengan budaya majlis kahwin secara besar2an dan mewah2 seperti yg di bangga2kan tu?

Alangkah sengkek sekali masyarakat kita ...... masyarakat Melayu ........... menyaksikan senario seperti ini ...... senario 'aktiviti 'buang bayi' .......

Mengapa dikatakan budaya sengkek?

Lihatlah kawin main ikut suka saja (kawin disini bermaksud melakukan persetubuhan lelaki sama perempuan (berzina lah tu atau 'kawin free'))..... di tepi jalan .... di tepi belukar ..... di semak samun ..... pun jadi ...... asalkan 'free' - janji tak payah keluar belanja ..... .... tidak selaras jika dibandingkan dengan letak harga hantaran belanja kahwin yg memang tinggi2 melambung ....... yang di canang2 dan di heboh2kan ......... supaya tiada ada tandingan dan saingan dari mana2 pihak untuk mengatasi pihak yg lain ..........

Friday, July 16, 2010

MELAYU - MACAM2 YG TAK KENA

PUISI USMAN AWANG

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

-usman awang
Powered By Blogger