Tuesday, June 2, 2009

APA YG BANYAK YG TAK KENANYA?

BANYAK! BANYAK! .... MEMANG BANYAK!
CUKUP BANYAK! SUDAH SEMESTINYA BANYAK!..........

YG PERTAMA:

Filem seperti BOHSIA - Rempit vs Impak Maksima - Evolusi KL Drift - KL Menjerit dsbnya boleh membantu anak bangsa kita untuk INSAF???? BERUBAH???? BERTAUBAT????

BAYANGKANLAH ..... pemikiran anak2 muda kita senang2 dan begitu mudah sekali untuk INSAF? BERUBAH KPD YG POSITIF? BERTAUBAT? selepas menonton filem2 seperti itu? Cakap senangla dan begitu juga membuat andaian memanglah mudah ..... bagi mereka2 yg berkepentingan termasuklah yg pakar2 dalam bidang2 motivasi....

Pada hakikatnya .... mungkin menambah burukkan lagi keadaan ada lah......
menambahbiakkan lagi gejala gerombolan MAT2REMPIT adalah ......

Lihatlah ...... reaksi nya ...... Apa yang terjadi selepas itu? .... the after effect ...nya......

LIHATLAH ...... effect selepas penayangan filem BOHSIA & drama2 bersiri tv - MAT REMPIT vs IMPAK MAKSIMA dan yg sama sejenis dgnnya. Betapa meningkatnya dan bertambah2 lagi kes2 ragut & bunuh akibat pengaruh dari penonjolan aksi yg menambah kerangsangan lagi pada puak2 Mat2Rempit untuk meningkatkan aksi rempit mereka dgn lebih bertambah hebat lagi untuk menandingi dari adegan aksi 'stunt' yg di tonjolkan didalam filem & drama.

Pihak2 penerbit filem & drama2 tv termasuklah pengarah2 dan yg berkaitan dgnnya adalah CATALYST dalam aspek ini. Merekalah yang menambah lagi bahang maraknya api yg membara & membakar di 'jiwa berontak' anak2 remaja kita. Mereka seolah2 menuangkan lagi minyak kedalam api yang sedang marak....... like 'pouring oil (petrol) into the fire' ...... like 'adding salt to injury' .... kata pepatah omputih.

Itu yang membikin bertambah girang & garangnya ..... lagi bertambah meriah nya penglibatan mat2rempit dijalanan dgn aktiviti2 yg lebih hebat lagi memberangsangkan .... semuanya akibat dari penampilan dan penonjolan aksi2 'stunt' didalam filem2 & drama2 yg sebaliknya berperanan sebagai suatu bentuk promosi dan iklan bagi golongan mat2rempit yg dianggap dan diharapkan akan INSAF - BERUBAH & BERTAUBAT ini. Ini tidak berlaku ... dan tidak mungkin berlaku bagi golongan ini untuk berubah kepada yang positif.

TIDAK MUNGKIN bagi golongan2 jenis ini .... memandangkan diperingkat usia remaja yg umum sudah sedari tentang 'jiwa berontak' di alam remaja. Yang menjadi lebih bimbang lagi masyghul bagi masyarakat kita ialah akan bertambah meningkatnya dgn menambah lagi bilangan 'new recruit' atau ahli2 baru (wannabe) dek kerana promosi & penonjolan yg ditunjukkan akan adegan aksi2 'stunt' didalam filem2 & drama2 tv.

Pada kebiasaannya dan lazimnya - golongan2 remaja yg berjiwa berontak ni akan meniru dan mengikut ciri2 yg negatif sahaja daripada yang positif. Itulah lumrahnya ...... dan itu adalah suatu cabaran bagi mereka .... suatu 'challenge' ..... 'a new challenge' ..... 'a new kind of challenge' .... dan lagi dan lagi...... hinggalah seterusnya.

Dan kini semakin bertambah membiaknya bilangan Mat2Rempit hingga merebak sampai kekampung2 & daerah2 pendalaman. Ini kira dah jadi macam VIRUS SELSEMA BABI (INFLUENZA A H1N1) saja lagaknya?

Apakah benar dgn ungkapan ....... FILEM KITA WAJAH KITA?

Tanyalah pada itu Dr Rais Yatim .... menteri yang penuh dgn unsur2 budaya.
Tanyalah pada Finas ..... hinggakan filem2 jenis seram - hantu & jin jembalang - pun sanggup di buat pameran untuk tontonan umum di premisnya.
Tanya juga pada Dr Jin Shamsudin ...... tokoh seni yang tersangat punya amat ghairah menaiktaraf untuk memertabatkan filem2 Melayu ........ apakah perjuangan anda dah selesai? Sudah cukup setelah mendapat anugerah sebagai ganjaran itu ganjaran ini & anugerah tansriship serta senatorship? ... sudah boleh dikira .... perjuangan anda sudah selesai?

Tanya juga pada puak2 yang dok mempromosikan filem2 & drama2 Melayu ..... penerbit2, pengeluar2, pengarah2 & penulis2 skrip filem2 & drama2 tv termasuklah juga puak2 media arus perdana (letronik & cetak) dan sbgnya ...... Tanyalah pada diri sendiri ..... diri anda sekalian ....... apa kah itukah sebenarnya FILEM KITA WAJAH KITA?

Kalau begitulah jadinya ....... memang tidak salah lagilah ........ memang BENAR lah ....
FILEM KITA WAJAH KITA!

Filem kita mencerminkan wajah kita sebenar ..... TAPI kita tidak mahu WAJAH2 PINCANG MASYARAKAT MASA DEPAN akan terus mencerminkan wajah2 kepincangan yang sedang dan masih berkembang biak bagaikan VIRUS SELSEMA BABI.

Kita sudah tentu juga tidak mahu WAJAH2 KEPINCANGAN & KEPURA2AN MEMBERI CONTOH & TELADAN MENERUSI FILEM2 & DRAMA2 JUGA MEDIA2 KEPADA MEREKA2 YG AKAN MENJADI SEBILANGAN BESAR PEMIMPIN DAN WARGA NEGARA YANG BERMARUAH DAN BERWIBAWA.

Ada kebenarannya .......... SEJARAH MENGAJAR KITA.....

Dan tidak kurang juga ..... FILEM JUGA MENGAJAR KITA ......

No comments:

Post a Comment